Friday, October 15, 2010

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar

ANTANOM

NAMA : ONTOROS A/L ANTANOM
JAWATAN : KETUA KAUM MURUT DI RUNDUM
TARIKH LAHIR : 1875
TAHUN MULA MEMIMPIN : 30 TAHUN 

FAKTOR PENENTANGAN

  • MELARANG MEMBUKA TANAH BARU 
SBUB melarang mereka membuka tanah baru mengakibatkan mereka merasakan hak mereka terceroboh dan mengalami kekurangan beras . 

  • MENGENAKAN CUKAI YANG MEMBEBANKAN 
SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti :
  1. Cukai kepala 1 dolar setiap orang
  2. Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
  3. Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
  4. Cukai tangkapan ikan besar
  5. Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor
  • MENJADI BURUH PAKSA
Orang Murut dijadikan buruh paksa dengan tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum . 
  • MENZALIMI KELUARGA
Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai . 
Jika mereka mempunyai dua anak , salah seorang akan diambil untuk dijadikan buruh paksa . 

  • MENCEROBOH KAWASAN HUTAN 
SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan . 
Kaum Murut membantah kerana mereka percaya pencerobohan akan menggangu roh nenek moyang mereka

PERISTIWA PENENTANGAN

  • Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka
  • Feb 1915 - Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan . 
  • Mac 1915 - Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB . 
  • Kejayaan itu menaikkan lagi semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang .
  • Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 rumah bawah tanah . 
  • Apr 1915 - SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
  • Pertempuran berlaku selama 6 minggu 
  • Antanom dan 400 pengikutnya terkorban dalam mempertahankan Rundum
  • Penentangan ini dikenali sebagai 'Kebangkitan Rundum'.
KESAN PENENTANGAN
- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom.
-8 orang kanan Antanom dihantar ke Kudat
-Pengikut-pengikut lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
-SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya.
-orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB

    0 comments:

    Post a Comment